top of page

PENGENALAN

NATIONAL IBNU SINA CONFERENCE AND COMMUNITY ENGAGEMENT

Terlalu banyak program yang berunsur teori di luar sana, maka kami merasakan tiba masanya kita lebih tertumpu kepada unsur praktikal. Ramai yang punya ilmu tetapi tidak mampu untuk menggunakan sepenuhnya ilmu yang ada. Inshaa-Allah, kali ini para peserta akan berhadapan terus dengan realiti masyarakat Malaysia dan cara-cara mengatasinya.

Kami amat berharap dan berdoa mudah-mudahan program tahunan yang besar ini akan melonjakkan semangat mahasiswa-mahasiswi perubatan dan kesihatan, bukan setakat untuk berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik, malah berjaya dalam menggilap mereka untuk menjadi pemimpin dalam keluarga dan masyarakat ke arah menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap.

Semenjak diperkenalkan pada tahun 2008, program yang pada masa itu dikenali sebagai National Conference For Future Doctors (NCFD) di KUIS, Selangor yang kemudiannya dijenamakan kembali dan dikenali dengan nama National Ibnu Sina Conference and Community Engagement (NICE) menjadi program wajib tahunan PAPISMA untuk mengumpulkan mahasiswa-mahasiswa bidang perubatan dan kesihatan. Kini, NICE dikenali sebagai National Ibnu Sina Conference and Engagement(NICE).Tahun beralih tahun, dan negeri beralih negeri. Pada tahun 2014, NICE sekali lagi mengadakan kemunculan di Kelantan setelah menjadi tuan rumah pada tahun 2011. Berbekalkan pengalaman sedia ada dan maklum balas daripada program NICE sebelum ini, NICE pada tahun ini merupakan kesinambungan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Inshaa-Allah pada tahun ini, penekanan program akan diberikan lebih kepada bidang praktikal memandangkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan fiqh perubatan semakin meluas dan lebih mudah didapati. 

NICE 2014

PAPISMA

bottom of page